PMX hadir ke Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan

17 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan susulan permukiman Jemaah Menteri yang telah diadakan pada Februari lalu.

Sinergi anggota pentadbiran yakni Jemaah Menteri dan Perkhidmatan Awam dalam menulusuri agenda dan program keutamaan rakyat amat penting dalam memastikan kejayaan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan.

HARAPAN YANG TINGGI

“Saya meletakkan harapan yang tinggi ke atas keseluruhan jentera Perkhidmatan Awam yang diterajui Ketua Setiausaha Negara dalam memacu perubahan yang diperlukan negara,” katanya dalam perkongsian di FB.

Beliau berkata, aspek komunikasi berkesan kepada keseluruhan jentera Kerajaan turut perlu diberi kepentingan agar inisiatif yang direncanakan ini difahami oleh setiap golongan masyarakat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *