PMX, isteri hadir Majlis Berbuka Puasa agensi agama di bawah Menteri JPM (Hal Ehwal Agama)

11 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meraikan para ilmuan, asatizah, asnaf dan aktivis dakwah dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis juga mendapat manfaat tausiah oleh Timbalan Mufti Pahang,
Sahibul Fadilah Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk β€œRamadan Pemacu Ummah Madani”.

Badli Shah banyak menyentuh kepentingan sisi manusiawi di sebalik ibadah rutin sepanjang Ramadan yang wajar mempunyai sΔ±fat ihsan.

TANPA MENGIRA PANGKAT

Perdana Menteri berharap menerusi majlis ilmuan seperti ini bukan sahaja mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kΔ±ta tanpa mengira pangkat, malah lebih dari Δ°tu kΔ±ta.

“Jadikan ia sebagai kegiatan ini untuk kΔ±ta membuat refleksi dan mempertingkatkan sifat keihsanan sesama insan,” katanya menerusi hantaran di FB.

Rasulullah S.A.W bersabda:

β€ŽΩ…ΩŽΩ†Ω’ ΩΩŽΨ·Ω‘ΩŽΨ±ΩŽ Ψ΅ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω‹Ψ§ ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω عِΨͺْقُ Ψ±ΩŽΩ‚ΩŽΨ¨ΩŽΨ©Ω ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨΊΩ’ΩΩΨ±ΩŽΨ©ΩŒ Ω„ΩΨ°ΩΩ†ΩΩˆΨ¨ΩΩ‡Ω Ω‚ΩΩŠΩ„ΩŽ يَا Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ„ΩŽ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΩŠΩ’Ψ³ΩŽ ΩƒΩΩ„Ω‘ΩΩ†ΩŽΨ§ يَجِدُ Ω…ΩŽΨ§ ΩŠΩΩΩŽΨ·Ω‘ΩΨ±Ω Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…ΩŽ Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ ΩŠΩΨΉΩ’Ψ·ΩΩŠ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω‡ΩŽΨ°ΩŽΨ§ Ψ§Ω„Ψ«Ω‘ΩŽΩˆΩŽΨ§Ψ¨ΩŽ Ω…ΩŽΩ†Ω’ ΩΩŽΨ·Ω‘ΩŽΨ±ΩŽ Ψ΅ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω‹Ψ§ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩŽΨ°Ω’Ω‚ΩŽΨ©Ω Ω„ΩŽΨ¨ΩŽΩ†Ω Ψ£ΩŽΩˆΩ’ ΨͺΩŽΩ…Ω’Ψ±ΩŽΨ©Ω Ψ£ΩŽΩˆΩ’ Ψ΄ΩŽΨ±Ω’Ψ¨ΩŽΨ©Ω Ω…ΩŽΨ§Ψ‘Ω

Maksudnya : β€˜β€™Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya’’. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W : β€˜β€™Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah S.A.W menjawab : β€˜β€™Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’’.

Riwayat Ibn Khuzaimah (1878) – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *