

1 MAR 2025
Petikan FB Anwar Ibrahim
Saya mendoakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar diberikan kekuatan amal dan keyakinan taqwa dalam menghayati ibadah di bulan Ramadan al-Mubarak kali ini.
Ramadan adalah madrasah tarbiah ruhiyah di mana setiap insan dididik, diuji dan dimurnikan selain menjadi tonggak penting dalam membina serta membentuk kekuatan dalaman umat. Di saat dunia dirempuh kegelisahan materialisme dan kehampaan spiritual, cahaya Ramadan hadir sebagai penyuluh yang menerangi hati dan akal.
Perjalanan kerohanian dalam Ramadan ini antara lain sebagai memaknai erti iman, taqwa dan pengharapan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
βΨΉΩ Ψ£Ψ¨Ω ΩΨ±ΩΨ±Ψ© Ψ±ΨΆΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩ: Ψ£Ω Ψ±Ψ³ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ο·Ί ΩΨ§Ω: Ω ΩΩ ΩΨ§Ω Ψ±Ω ΨΆΨ§Ω Ψ₯ΩΩ Ψ§ΩΩΨ§ ΩΨ§ΨΨͺΨ³Ψ§Ψ¨ΩΨ§ ΨΊΩΩΨ± ΩΩ Ω Ψ§ ΨͺΩΨ―ΩΩΩ Ω Ω Ψ°ΩΨ¨Ω. Ω ΨͺΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩ.
Daripada Abu Hurairah Rahiallahu Anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
βSesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan, dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosanya yang laluβ.
MENGANGKAT DIMENSI SOSIAL
Bulan ini juga penting dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan dalam memupuk rasa prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Sewaktu kita mempunyai kesempatan beribadah, ada saudara kita yang masih berlindung di bawah runtuhan batu dan terus menjadi mangsa peluru tidak bermata.
Sementalahan, falsafah tertinggi Ramadan menuntut setiap jiwa kaum Muslimin untuk melihat melampaui zahir serta menyelami ruh dan batin. Puasa tidak sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga tetapi apa yang utama adalah menunduk keangkuhan, menyanggah kezaliman dan penindasan serta meredam ketamakan. Ia adalah latihan ketundukan, tidak hanya kepada syariat Allah SWT tetapi kepada hakikat bahawa kita makhluk yang lemah dan Tuhan itu Maha Segala.
Lantas, mari bersama kita menyucikan hati dari kebencian dan membersihkan akal agar terbentuk insan yang lebih adil, lebih kuat ihsannya, lebih dekat kepada Tuhan serta sesama insan.
Jangan lupa untuk jauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT serta mohon keampunanNya dalam setiap sujud agar kita semua beroleh berkah dan kesejahteraan.
Ramadan Mubarak! π – JM
