Mesir sedia kerjasama anjur konvensyen, seminar pengukuhan Malaysia MADANI – PMX

Oleh: Sholina Osman
24 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesir bersetuju untuk bekerjasama dalam penganjuran konvensyen dan seminar pengukuhan Malaysia MADANI dari perspektif peradaban Islam melibatkan para ulama, pemikir dan sarjana Islam.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Wakaf Republik Arab Mesir, Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri berkata, Syeikh Dr Usamah juga menyatakan dukungan penuh terhadap konsep MADANI yang berkait rapat dengan asas peradaban Islam dan sejarahnya yang mengakar dalam wacana ilmiah dan siyasah Islam kontemporari.

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN

“Kementerian Wakaf Mesir juga akan memberi dukungan bagi pelaksanaan program pembangunan insan dalam kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, selaras usaha melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran pada FB.

Beliau berharap hubungan erat Malaysia-Mesir bertambah kukuh, termasuk menerusi peranan Universiti Al-Azhar dalam memperkasakan peradaban Islam dan kecemerlangan watan pada masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di FB.

“Kami berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama Malaysia-Mesir susulan pertemuan saya dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi baru-baru ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *