MCMC uji kesesuaian WiFi Mesh di sektor perladangan

Oleh: Sholina Osman
22 FEB. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya memudahcarakan percubaan lapangan untuk menguji penyelesaian WiFi Mesh yang menjimatkan kos dengan menggunakan teknologi Wi-SUN baru-baru ini.

Ujian ini telah dijalankan di IOI Bukit Dinding Estate yang melibatkan ladang seluas 1,445 Ha di Karak, Pahang.

Ia mendapat kerjasama IOI Corporation Berhad dan PULSY Technology Sdn Bhd.

“Percubaan itu bertujuan untuk mempertingkatkan sambungan perladangan seluruh industri yang boleh dipercayai dan mampu milik,” menerusi hantaran MCMC di FB.

MENGGUNAKAN EMPAT NOD

Ia menggunakan empat nod dan backhaul 4G dengan stesen pangkalan sekitar 3 km jauhnya.

Ketersambungan yang stabil dicapai sehingga 300 meter dari jalan perkhidmatan ke nod awal, dengan nod berikutnya diletakkan pada jarak kira-kira 200 meter.

Di bawah kanopi tebal pokok kelapa sawit berusia 20 tahun, kelajuan sambungan memuncak pada 30.74 Mbps (muat turun) dan 29.87 Mbps (muat naik), dengan purata 12.48 Mbps (muat turun) dan 11.08 Mbps (muat naik).

Membina pandangan daripada percubaan lapangan ini dan inisiatif AgriNXT yang lalu, platform NXT MCMC terus memacu penggunaan digital merentas industri utama dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

MCMC kekal komited dalam memupuk kerjasama dan inovasi, memacu industri ke arah operasi yang lebih bijak dan lebih berhubung. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *