Oleh: Sholina Osman
21 FEB 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Jemaah Menteri supaya mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan perbaiki kelompongan yang ada.
Beliau berkata, selain perlunya kesatuan dan kebersamaan yang kuat sekaligus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.
“Saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya dalam hantaran di FB.
PERMUKIMQN KERAJAAN MADANI
Jemaah Menteri hari ini menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025 selama dua hari.
Ia dalam usaha memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.
Platform ini membuka ruang sinergi di kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara. – JM