PMX ajak semua pihak sepakat angkat Malaysia jadi hebat, ‘bersih” rasuah

Oleh: Sholina Osman
16 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak sepakat bagi mengangkat semula Malaysia sebagai negara ‘hebat’ dan kembali ‘bersih’ dari rasuah.

Sehubungan Perdana Menteri juga mengingatkan ketua-ketua jangan ‘curi duit’.

Beliau berkata, ini yang penting sekali perlu diingat.

“Sebab negara ini dulu kalau jadi Perdana Menteri, Menteri dia semua kaya-kaya. Ini kita kena stop. Anti-Corruption Commission (SPRM) mesti “firm” bagi amaran supaya wang jangan hilang,” katanya.

RM10 JUTA HILANG

Perdana Menteri berkata, jangan kos projek sepatutnya RM70 juta tetapi RM10 juta hilang.

“Jadi saya nak bagi ingatan baik Kerajaan Negeri atau KPKT atau PRIMA, Majlis Perbandaran, kita kena ingat ini kalau kita nak angkat balik Malaysia bebas rasuah,” katanya semasa berucap sempena majlis Pecah Tanah Bagi Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya, Selangor.

Anwar juga mengajak rakyat bekerja kuat dalam bidang masing-masing serta mengekalkan keamanan negara ini.

KENA KERJA KUAT

“Kita kena aman, kita kena kerja kuat, siapa boleh meniaga, dia berniaga. Siapa kerja ladang dia kena kerja betul, disiplin kena jaga. Yang mana jadi pegawai, jalan kerja dengan baik dan saya percaya insya-Allah kita boleh bawa perubahan bagi negara kita,” tegas beliau.

Beliau mahu rakyat mengambil iktibar dari pergaduan dalam ekonomi dan politik melibatkan kuasa besar di dunia di mana Amerika dengan Eropah gaduh, perniagaan Amerika dengan China tegang, Rusia dengan Ukraine perang, Gaza hancur.

“Kita kena belajar daripada ini. Kita tak boleh ikut cara itu,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *