MAMPU PERKUKUHKAN WANITA, SABAH SOKONG FADHLINA KEKAL KWP – NORIHA

Semangat ukhuwah yang Fadhlina tunjukkan ciri penting sebagai pemimpin
Fadhlina menunjukkan kepimpinan yang cemerlang – KWN Sabah Noriha (kiri)
Fadhlina bersama Wanita KEADILAN Sabah

Oleh Sholina Osman

(Sorotan khas Pemilihan KEADILAN 2025-2028)
16 Feb 2025

Wanita KEADILAN Sabah dengan tegas menyatakan sokongan penuh agar Fadhlina Sidek dikekalkan sebagai Ketua Wanita KEADILAN Pusat (KWP) untuk sesi 2025-2028.

Ketuanya, Noriha Yakub berkata, sejak memegang jawatan tersebut pada Julai 2022, Fadhlina telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam memperkukuhkan peranan wanita dalam politik.

” Beliau telah berusaha mendorong lebih banyak penyertaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan tanpa mengira perbezaan kumpulan dalam parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Noriha berkata, dengan semangat ukhuwah yang beliau tunjukkan adalah ciri penting yang harus ada dalam diri seorang pemimpin.

FADHLINA BUKTI KEMAMPUAN MENGGERAKKAN JENTERA WANITA

“Kejayaannya memimpin sayap Wanita KEADILAN dengan baik membuktikan keupayaan beliau dalam menggerakkan jentera wanita secara inklusif dan efektif,” katanya.

Beliau menggariskan pencapaian terbaik Fadhlina ialah:

  1. Pembangunan Komuniti

Beliau mengetuai pelbagai inisiatif yang memberi impak besar kepada pembangunan komuniti, termasuk program literasi undang-undang keluarga Islam dan perlindungan kanak-kanak, selari dengan latar belakangnya sebagai peguam syarie dan aktivis sosial.

Keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat turut terbukti apabila beliau menggerakkan Misi Banjir Wanita KEADILAN, satu pasukan khas wanita yang membantu mangsa-mangsa bencana banjir di seluruh negara.

  1. Pengiktirafan Antarabangsa

Fadhlina telah berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa apabila mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung UNESCO ke-42 di Paris.

KEBOLEHAN FADHLINA SEBAGAI PEMIMPIN HINGGA KE PERINGKAT GLOBAL

Dalam persidangan tersebut, Fadhlina berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam bidang pendidikan dan kebudayaan, membuktikan kebolehannya sebagai pemimpin wanita yang berwibawa di peringkat global.

Secara keseluruhannya, menurut Noriha lagi, Fadhlina telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan wanita serta meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui pelbagai inisiatif dan pencapaian sepanjang tempoh kepimpinannya.

Berdasarkan rekod prestasi beliau yang cemerlang, Wanita KEADILAN Sabah dengan penuh keyakinan menyokong agar beliau dikekalkan sebagai Ketua Wanita KEADILAN Malaysia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *