Pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) akan dibentang di Parlimen – PMX

14 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI akan membentangkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Pindaan ini mengetepikan keperluan mendapat kelulusan tempat berhimpun, sebaliknya badan atau kumpulan penganjur hanya perlu membuat pemaklumkan kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Perdana Menteri berkata, keputusan ini mempermudahkan apa jua bentuk perhimpunan, kecuali sekiranya perhimpunan itu mencetus ancaman keselamatan.

KERAJAAN MEMBERI MORATARIUM

Jelasnya, sementara menunggu pindaan baharu berkuat kuasa, kerajaan memberi moratarium untuk membolehkan perhimpunan aman berjalan tanpa perlu surat kebenaran pemilik premis.

“Ini adalah reformasi penting selaras dengan prinsip MADANI yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara serta berbeza pandangan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *