Zon Maritim Kuala Perlis berkaslagi dua nelayan tempatan tangkap siput secara haram

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis
10 FEB. 2025

 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis terus memperketat penguatkuasaan terhadap aktiviti penangkapan hasil laut secara haram apabila berjaya menahan lagi sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) tanpa nombor pendaftaran di perairan Kuala Perlis, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, vesel tersebut dikesan kira-kira 0.7 batu nautika dari pesisir pantai ketika sedang leka menangkap siput menggunakan sangkar besi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel yang berpangkalan di Kuala Perlis itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak, kedua-duanya warga tempatan berusia 26 dan 36 tahun,” katanya dalam kenyataan media petang ini.

Mohd Hashim berkata, walaupunpihak kami telah memberi amaran serta kerap melakukan rondaan dan tangkapan, aktiviti menangkap siput secara haram masih berleluasa.

TIDAK AKAN BERKOMPROMI

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 11(3)(c) kerana memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda atau hukuman lebih berat.
 
Mohd Hashim berkata, vesel, peralatan menangkap siput, serta hasil tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM6,000.00 telah dirampas dan dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua suspek turut ditahan bagi membantu siasatan.

MENGINGATKAN SEMUA PENGUSAHA

Dalam pada itu, Maritim Malaysia mengingatkan semua pengusaha perikanan supaya mematuhi peraturan sedia ada demi kelestarian ekosistem marin.

β€œAktiviti menangkap siput sememangnya menjadi sumber ekonomi bagi sebahagian masyarakat, namun ia perlu dilakukan secara bertanggungjawab,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat dan kebenaran daripada Jabatan Perikanan Negeri Perlis sebelum menjalankan sebarang aktiviti perikanan.

Maritim Malaysia turut menyeru orang awam agar melaporkan sebarang kegiatan jenayah maritim termasuk penyeludupan dan aktiviti perikanan haram.

Sebarang aduan atau kecemasan di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162, atau menghubungi talian kecemasan 999. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *