

Oleh: Sholina Osman
8 FEB. 2025
Petikan FB Anwar Ibrahim
Hari ini (8 Februari) kita mengenang ulang tahun keputeraan sosok negarawan ulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Nama Almarhum Tunku tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.
Keghairahan Almarhum Tunku dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada kita semua, terutama dalam menghadapi cabaran masa kini.
MENGEMUDI MALAYSIA MADANI
Dalam mengemudi Malaysia MADANI, saya berpegang teguh kepada nilai-nilai yang diwariskan Almarhum Tunku yakni perpaduan, integriti, dan keadilan buat semua selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.
Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.
Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang.
Mendoakan semoga roh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT. – JM
