Sasaran 100,000 pengunjung ke Hari Terbuka Putrajaya – Dr Zaliha

Oleh: Sholina Osman
6 FEB. 2025

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menyasarkan 100,000 pengunjung di sepanjang empat hari Hari Terbuka Putrajaya berlangsung.

Beliau berkata, dengan bertemakan Satu Destinasi, Pelbagai Solusi, program ini membawakan perkhidmatan dari 13 Kementerian dan 177 agensi kerajaan dan swasta terus kepada rakyat.

“Inilah erti sebenar merakyatkan perkhidmatan awam, memastikan akses yang lebih mudah, pantas dan mesra untuk semua,” katanya menerusi perkongsian di FB.

ASPIRASI MALAYSIA MADANI

Dr Zaliha berkata, Hari Terbuka Putrajaya mencerminkan aspirasi Malaysia MADANI.

Jelasnya, ia selari dengan budaya kerja HARMONI, yang telah beliau perkenalkan tahun lalu sebagai sokongan kepada reformasi perkhidmatan awam.

“Saya singgung dalam ucapan tentang keperluan untuk menghapuskan silo dan memecahkan tembok birokrasi yang menghalang kecekapan operasi perkhidmatan kepada rakyat,” tambahnya.

Di Wilayah Persekutuan, katanya, pihaknya komited untuk meneruskan agenda reformasi ini dengan tekad politik yang kukuh. Insya-Allah, akan dipastikan setiap dasar dan inisiatif benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *