DNB bina 44 tapak 5G, sedia 91.4% liputan 5G di Perlis – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
5 FEB. 2025

Menteri Komunikasi, Fahmi Faszil berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) telah siap membina keseluruhan 44 tapak 5G seperti yang dirancang dan menyediakan 91.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk di Perlis.

Beliau berkata, meskipun kebanyakan penduduk setempat masih menggunakan peranti 4G, 90 peratus liputan 5G di kawasan penduduk di negeri Perlis menunjukkan ketersediaan liputan 5G yang luas di negeri tersebut.

“Sekaligus ia memberikan kebaikan kepada pengguna peranti 4G yang bercadang untuk beralih kepada peranti 5G,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawap soalan Rushdan Rusmi (Pas-Padang Besar) mengenai penanda aras yang digunakan oleh
Kementerian Komunikasi (KK) dalam mengisytiharkan bahawa kebanyakan tempat di Perlis telah melebihi 90 peratus capaian 5G ketimbang kebanyakan penduduk setempat masih lagi menggunakan peranti 4G.

BERDASARKAN BILANGAN INFRASTRUKTUR

Fahmi berkata, penanda aras yang digunakan oleh DNB bagi mendapatkan liputan 5G di kawasan berpenduduk adalah berdasarkan bilangan infrastruktur dan ketersediaan isyarat 5G di kawasan yang disasarkan.

“Penanda aras ini tidak bergantung kepada jenis peranti yang digunakan oleh penduduk setempat kerana perkara tersebut adalah faktor di luar kawalan DNB dan Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor utama yang menjadi asas pengukuran termasuk Liputan Rangkaian 5G
Liputan 5G yang disediakan di kawasan berpenduduk, iaitu bagi
kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang per km
persegi.

ALAT SIMULASI LIPUTAN

“Kadar liputan ini diperoleh melalui alat simulasi liputan menggunakan peta, dengan izin, Geographic Information System (GIS) dengan data populasi,” katanya.

Selain itu katanya, Ketersediaan Infrastruktur Bilangan tapak pemancar 5G yang aktif dan mampu memberikan perkhidmatan, termasuk keupayaan rangkaian untuk menyokon keperluan jalur lebar.

“Kelajuan dan Kapasiti Rangkaian
Penilaian kelajuan dan kestabilan isyarat 5G yang ditawarkan,
berdasarkan ujian lapangan dan laporan teknikal Standard Mandatori
Kualiti Perkhidmatan,” tambahnya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *