Oleh: Sholina Osman
27 DIS. 2024
Pogram Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) akan diteruskan bagi tahun 2025 dengan tawaran kuota 6,600GWj dengan kadar yang premium sama iaitu 10sen/kWj pengguna voltan rendah dan 20sen/kWj bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.
Kenyataan media Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan selain itu beberapa penambahbaikan turut diperkenalkan pada tahun 2025 termasuk pembukaan langganan jangka panjang bagi membolehkan penggguna membuat langganan GET sehingga tahun 2027.
Penawaran baharu ini akan memberi kepastian (certainty) dalam perancangan langganan bekalan elektrik hijau oleh syarikat korporat dan industri.
Program GET yang diperkenalkan pada tahun 2021, merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan yang menawarkan bekalan elektrik sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
MEMBEKALKAN SECARA KUMULATIF
Sejak diperkenalkan, Program
GET telah membekalkan secara kumulatif sebanyak 6,762 GWj bekalan elektrik hijau kepada melebihi 3,000 pengguna elektrik dalam pelbagai kategori dan membantu pengguna dalam memenuhi komitmen “Environmental, Social and Corporate Governance” (ESG) khususnya dari aspek penghindaran pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan tenaga elektrik hijau.
Berikutan sambutan yang menggalakkan dan pengiktirafan antarabangsa, PETRA bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) telah meneliti semula meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas langganan bagi mengekalkan keyakinan pengguna ke atas program GET.
Selaras dengan tuntutan umum, komitmen ESG sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat korporat.
Antaranya kerajaan telah memutuskan pengguna yang melanggan Program GET tahun 2025 tidak akan dikenakan caj Imbalance Cost Pass Through (ICPT).
TENAGA ELEKTRIK HIJAU
Langkah ini penting bagi memberikan gambaran sebenar bahawa tenaga elektrik hijau adalah tidak terdedah kepada pergerakan harga bahan api.
Selain itu, kadar premium GET bagi tahun 2025 ditetapkan pada kadar 10sen/kWj bagi pengguna kediaman dan pengguna bukan kediaman voltan rendah (tarif Perdagangan B, Perindustrian D, Perlombongan F, Pertanian Spesifik H serta Lampu Jalan G & G1) dan 20sen/kWj bagi pengguna bukan kediaman voltan sederhana dan tinggi (tarif Perdagangan C1, C2, C3 & C4, Perindustrian E1, E2 & E3, Perlombongan F1 & F2 serta Pertanian Spesifik H1 & H2).
Langganan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2025 melalui portal myTNB dan pengguna boleh melakukan “backdate subscription” untuk tempoh bermula 1 Januari 2025.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tempoh langganan, “lock in period” langganan GET adalah sehingga 31 Disember.
ADALAH SECARA AUTOMATIK
Pembaharuan langganan GET adalah secara automatik berdasarkan tempoh langganan asal selepas “lock in period” tamat sekiranya tiada pemberhentian langganan dilakukan oleh pengguna.
Opsyen baru tawaran langganan GET secara jangka panjang sehingga tahun 2027 disediakan dengan kadar premium yang lebih rendah seperti berikut:
Manakala opsyen penamatan awal tempoh “locked-in” pengguna GET disediakan bagi langganan tahunan dan langganan jangka masa panjang dengan kos penamatan sebanyak 2sen/kWj akan dikenakan terhadap baki langganan GET yang tidak dihabiskan.
Pendapatan daripada pelaksanaan program ini akan digunakan untuk menyokong usaha peralihan tenaga negara terutamanya dalam meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) seperti melalui pelaksanaan Skim Insentif Solar Rakyat atau Solar for Rakyat Scheme (SolaRIS).
Segala perincian mengenai program GET ini boleh didapati di laman sesawang TNB. – JM