Oleh: Sholina Osman
17 JULAI 2024
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan Projek Rintis melalui inisiatif belanjawan 2024.
Projek Rintis ini melibatkan pakej pembekalan, penghantaran dan perkhidmatan aplikasi secara terus untuk baja sebatian, baja bio berserta baja organik.
“Pelaksanaan Projek Rintis ini hanya akan membabitkan empat negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan juga Kelantan,” kata kenyataan media oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Ia sebagai mengulas berita yang telah disiarkan dalam talian oleh sebuah akhbar pada 11 Julai 2024.
Melalui Projek Rintis ini, katanya, pembekalan baja dilaksanakan secara pembajaan tepat dan
khusus berdasarkan maklumat
“soil profiling”.
“Ia berpandukan apa yang telah disyorkan oleh Jabatan
Pertanian mengikut status kesuburan tanah di kawasan yang telah dikenalpasti,” katanya.
Pembekalan baja adalah berdasarkan kepada keperluan tanah serta penggunaan baja bio dan organik dalam penanaman padi di kawasan terpilih.
Ia merupakan langkah
permulaan Kerajaan dalam usaha memulih dan meningkatkan kesuburan tanah.
Sekaligus ia seiring dengan usaha Kerajaan bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara.
Sementara itu KPKM masih meneruskan program pemberian subsidi dan insentif sedia ada iaitu Skim Baja Padi
Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).
Walau bagaimanapun, pelaksanaan program SBPKP dan SIPP sedia ada ini tidak melibatkan kawasan yang telah terpilih menerusi Projek
Rintis.
Ini membuktilan KPKM akan sentiasa memastikan kebaijkan pesawah terjaga melalui pemberian
subsidi dan insentif dari semasa ke semasa. – JM