Isu 6 kerusi Bersatu – PMX bersikap terbuka

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan berita)

Walaupun dicaci
dan dikecam kerana mempertahankan keputusan Speaker Parlimen, Johari Abdul yang tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen Bersatu yang dipertikaikan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas bersikap terbuka menghadapinya.

Berikutan isu berkenaan terus hangat diperbualkan, beliau berkata, kerajaan terbuka dan sedia berbincang bagi meminda akta anti lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang itu.

Kesediaan dan sikap terbuka Perdana Menteri ini adalah jalan tengah yang terbaik yang perlu disambut baik oleh semua parti dalam negara ini.

AKTA ANTI LOMPAT PARTI

Hakikatnya, hanya dengan melakukan pindaan dan memperkemaskan lagi akta anti lompat parti saja satu-satu jalan penyelesaikan bagi mengelakkan isu ini daripada terus berpanjangan.

Yang lepas biarlah ia berlalu, sambil sama-sama menginsafi ia telah memberi pengajaran berguna bagi kebaikan di masa depan.

TIdak perlu dipanjang-panjangkan lagi isu enam Ahli Parlimen berkenaan kerana Speaker Parlimen, Johari Abdul telah pun membuat keputussn muktamad mengenainya.

Yang perlu dihadapi ialah masa depan dan demi masa depan negara yang lebih baik, pindaan untuk memperkemaskan lagi akta anti lompat parti perlu segera dipercepatkan.

Dengan sikap terbuka dan lapang dada Perdana Menteri ke arah itu, parti-parti pembangkang kini tiada pilihan lain lagi selain menyambutnya dengan sikap terbuka juga.

Apa yang diharapkan, dengan pindaan untuk menambah baik akta anti lompat parti itu segera lakukan, ini adalah kali terakhir ahli-ahli politik di negara kita berbalah mengenai isu lompat parti.

Selepas ini tiada lagi, sama-samalah kita tutup buku lama dan semua pihak boleh bekerja demi kepentingan negara berdasarkan peranan masing-masing dengan pindaan baru akta anti lompat parti itu.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *