Oleh Noraini Nordin
(Sorotan Berita)
16 Jun 2024
Sewaktu isu penyasaran diesel sedang ‘panas’ setelah diumumkan oleh PMX pada 10 Jun lalu , penulis berada di utara tanah air setelah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis menggunakan perkhidmatan Electric Train Service atau nama singkatannya ETS pada 11 Jun lalu.
ETS pagi itu (11 Jun 2024) sarat dengan penumpang-penumpang daripada pelbagai bangsa serta peringkat umur termasuklah pelancong asing . Ada yang berkumpulan dan juga bersendirian.
Perkhidmatan tren laju antara bandar Padang Besar , Butterworth , Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010 telah popular kalangan rakyat Malaysia.
Perjalanan penulis ditemani jurufoto Suara Keadilan – Yuisriah Mohd Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yus
berlangsung lancar.
Sambil memantau isu-isu semasa melalui portal berita di talian media sosial, meninjau keindahan Tasik Bukit Merah, Perak , penulis juga turut memasang telinga jika ada para penumpang yang ‘bersoksek-soksek’ berkaitan isu subsidi diesel.
Perjalanan yang mencecah hampir empat jam itu juga telah memberi ruang kepada penulis untuk bersembang dengan penumpang-penumpang lain di kafe sambil membeli secawan kopi panas serta sebungkus mee goreng berlauk sambal sotong.
Daripada pengamatan penulis penumpang-penumpang lebih gemar untuk berbual hal-hal santai ,teruja bercuti, rancangan membeli belah serta tidak sabar bertemu kenalan atau ahli keluarga masing-masing.
STESEN LENGGANG
Di Perlis penulis meninjau ke Padang Besar, Arau dan juga Kangar .
Ternyata stesen-stesen minyak yang dahulunya menjadi tumpuan pemandu-pemandu kenderaan empat roda, serta lori-lori kecil kelihatan lenggang.
Penulis juga singgah ke beberapa restoran, kafe dan juga gerai makan sambil bersembang dengan penduduk tempatan isu subsidi desel serta yang berkaitan.
Ada juga kalangan mereka meminta penulis membuat pencerahan lanjut berkaitan isu tersebut dan cara untuk memberi penerangan jika ada yang bertanya.
BERLAYAR KE LANGKAWI
Setelah tiga hari dua malam di Indra Kayangan, penulis meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi menggunakan perkhidmatan Feri yang berpusat di Jeti Kuala Perlis.
Pagi yang indah merentasi lautan ke Pulau Mahsuri itu memang menyejukkan
mata serta mendamaikan telinga.
Tiada kedengaran ‘pok pek’ ..’pok pek’ atau ‘ngok
Ngek..’ berkaitan isu minyak atau harga barangan yang kononnya bakal naik kesan daripada subsidi bersasar tersebut.
Penumpang feri lebih teruja merakam foto-foto keindahan panorama lautan biru, pulau-pulau kecil yang menghijau, bot-bot
nelayan pantai serta ungas-ungas yang berlumba menyambar ikan.
Keadaan ini amat berbeza dengan apa yang berlaku di dunia maya.
Keriuhan dunia maya yang sedang ‘ berperang dengan ulasan maki hamun, komen tidak berfakta, fitnah berantai-rantai , gara-gara isu minyak ini.
Di Pulau Lagenda ini penulis juga bersembang santai dengan penduduk tempatan yang kebanyakan usahawan kedai makanan serta para pemilik kereta sewa.
Rumusan yang boleh penulis simpulkan,
Ternyata tindakan PMX tepat pada masanya. Langkah yang sepatutnya telah diambil untuk menyelamatkan subsidi minyak daripada terus dibaham oleh penyeludup serta pengkhidmat negara.
Kata mereka, subsidi bersasar amat mengembirakan penduduk tempatan.
Rata-rata mereka tanpa berselindung memuji langkah berani PMX Datok Seri Anwar Ibrahim merasionalisasikan subsidi diesel.
Menurut mereka tindakan tegas yang tepat pada masanya ini amat dinanti-nanti oleh mereka.
“Selama ini ada yang mengambil kesempatan menyeludup diesel terutama warga asing.
“Kami rakyat tempatan sudah lama menahan sakit mata dan sakit hati dengan kumpulan penyeludup ini. Mereka yang membaham subsidi minyak kita dengan rakus.
” Subsidi bersasar langsung kami tidak susah hati kerana ada subsidi diesel melalui fleet card, ” jelas mereka lagi.
Benarlah apa yang dikongsi oleh penduduk tempatan kepada penulis.
“Isu diesel ini orang-orang baik yang gembira manakala orang-orang ‘ jahat’ yang akan marah membara,”
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat