Oleh Noraini Nordin (Sorotan dari IDCC Shah Alam)
Apa lagi ‘desperados‘ mahu?
Sudah beribu kali mereka melakukan percubaan mahu meruntuhkan Kerajaan Perpaduan namun semuanya berakhir dengan kegagalan .
Semakin desperados mengasak Kerajaan Perpaduan, bertambah teguh pula ikatan perpaduan yang diterajui oleh PMX Datok Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Perpaduan terus kekal mantap , tidak bergoyang malah retak pun tidak.
UCAPAN ANWAR MEMBAKAR SEMANGAT
Semalam di hadapan lebih lima ribu ahli parti yang hadir secara fizikal di Konvensyen sempena ulang tahun ke-25 KEADILAN ucapan penutup Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim amat membakar semangat juang ahlinya.
Ucapan yang bernas, sarat dengan mesej reformasi ibarat bekalan pulang untuk meneruskan perjuangan, bukan saja menuju pilihanraya akan datang, malah bagi memastikan KEADILAN terus menerajui kerajaan.
Apa yang sangat ditekankan Anwar ialah anggota parti perlu lebih aktif bagi mempersiapkan parti menuju pilihanraya akan datang.
Katanya, parti yang hebat perlu mempunyai jentera terbaik bagi mengelakkan parti lawan mengambil alih kemenangan.
“Langkah seterusnya ialah melaksanakan kata-kata, perkuat jentera dan keanggotaan mesti sentiasa ditambah.
“Ranting mesti hidup. Cabang mesti segar, MPN mesti lebih aktif.
“Saya rasa pemantauan (gerak kerja) perlu. Selain pimpinan yang dipilih, saya minta beberapa teman di pejabat untuk bantu jentera yang ada, memberi maklumat dan memantau secara dekat pelaksanaan, baik di peringkat negeri, cabang dan ranting.
“Hebat bagaimana pun laungan kita, benar bagaimana pun perjuangan kita tetapi kalau tidak disusun rapi dengan jentera yang kemas, kita akan tewas dengan orang yang laungkan hidup Melayu atau laksana Islam, walau rekod mereka itu hambar,” katanya lagi.
USAHA TAMBAH AHLI
Tambah Anwar, anggota bawahan mesti terus menerangkan sikap dan perjuangan KEADILAN serta berusaha menambah jumlah ahli.
“Jadi kita harus tekankan program, laksanakan sebaiknya dan agresif menerangkan sikap kita.
“Juga mesti sungguh sungguh menguatkan jentera kita supaya KEADILAN muncul sebagai gergasi dalam sistem politik kita,” katanya.
Di sebalik itu, Perdana Menteri juga bangga dengan perpaduan yang kekal utuh dalam Kerajaan Perpaduan, meski pelbagai cubaan dilakukan untuk menggoncangnya.
“Setakat ini belum ada tanda tanda keretakan kecil sekali pun di antara PH, BN dan Sabah, Sarawak
“Yang ada hanya gerombolan desperados yang cuba adu domba.
“Bagi saya, setakat ini kerajaan masih mantap dan kukuh,” katanya dengan yakin.
Tegas Anwar, ungkapan pembangkang kononnya rakyat derita sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan hanyalah fitnah semata mata.
Hakikatnya, kata beliau, yang derita adalah bekas penguasa berpangkat Tun, Tan Sri atau Datuk Seri yang menyakau wang rakyat dan kini sedang berhadapan tindakan undang undang dari kerajaan.
Apa pun, mendengar ucapan Anwar semalam, selain penuh semangat, sarat kata-kata pesanan, bahkan tidak hilang fokus dalam mengingatkan ahli-ahli KEADILAN untuk sentiasa mempertahankan kemenangan serta tidak leka dengan keberadaan sekarang menerajui kerajaan.
Dengan ucapan Anwar semalam yang padat lontaran kata-kata semangat tiada sebab ahli-ahli KEADILAN tidak boleh terangsang untuk bekerja lebih kuat dan kurang merungut untuk sama-sama menghadapi cabaran mendatang.
Ayuh ..buktikan kasih sayang kalian kepada KEADILAN dan PMX dengan berkerja keras secara berpasukan agar parti kita menjadi gergasi yang digeruni.
Reformasi ..Reformasi .
.Reformasi..Lawan Tetap Lawan .
Membujur Lalu Melintang Patah
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat