KUNJUNGAN HORMAT DUTA REPUBLIK TAJIKISTAN KEMALAYSIA KE ATAS MENTERI PERTANIAN DANKETERJAMINAN MAKANAN

PUTRAJAYA, 13 NOVEMBER 2026 – YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri
Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menerima kunjungan hormat daripada
Tuan Yang Terutama Ardasher S. Qodiri, Duta Republik Tajikistan ke Malaysia pada
11 November 2026.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan potensi
kerjasama dua hala dalam sektor pertanian dan agromakanan serta keterjaminan
makanan.

Perbincangan ini turut merupakan persediaan bagi lawatan rasmi Presiden
Republik Tajikistan ke Malaysia yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Disember 2026.

Kedua-dua pihak telah membincangkan cadangan daripada Republik Tajikistan untuk
mengadakan memorandum persefahaman dalam bidang pertanian antara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Kementerian Pertanian
Republik Tajikistan bagi mempertingkat kerjasama dan perdagangan antara kedua-
dua negara.

Untuk rekod, nilai dagangan bagi sektor pertanian antara kedua-dua
negara meningkat kepada RM4.57 juta pada tahun 2025 berbanding RM2.36 juta
pada tahun 2024.

Perbincangan turut tertumpu kepada peluang perkongsian teknologi dan kepakaran
dalam bidang pengairan moden, mekanisasi pertanian serta pembangunan industri
ternakan dan tenusu.

Kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai kerjasama dalam
bidang penyelidikan, pertukaran pakar dan logistik pertanian bagi mempertingkat
produktiviti serta keterjaminan makanan bagi kedua-dua negara.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Antarabangsa serta
pegawai Bahagian Pelaburan Perniagaan dan Pelaburan, Bahagian Sekuriti
Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Dikeluarkan oleh:
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *