KUPASAN 2JANGAN MUDAH TERPEDAYA, LINDUNGI AKAUN DAN MAKLUMAT PERIBADI

Keselamatan di media sosial bermula dengan kewaspadaan pengguna. Sebelum menerima permintaan rakan, membalas mesej atau menekan pautan, amalkan prinsip Berhenti, Semak dan Sahkan.
Penipu sering menggunakan identiti palsu, pujukan dan tekanan psikologi untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi. Justeru, pengguna perlu menilai kesahihan akaun sebelum meneruskan sebarang urusan.

JANGAN MUDAH PERCAYA, SEMAK TUJUH PERKARA INI

1.Siapakah individu atau organisasi di sebalik akaun ini?
2.Bolehkah identitinya disahkan melalui saluran rasmi?
3.Adakah akaun tersebut baharu diwujudkan?
4.Adakah sejarah hantaran dan interaksinya meyakinkan?
5.Mengapa individu ini menghubungi saya secara tiba-tiba?
6.Mengapa saya diminta menyerahkan wang atau maklumat sulit?
7.Adakah permintaan ini munasabah jika dibuat secara bersemuka?

LIMA MAKLUMAT YANG PERLU DILINDUNGI

Pengguna tidak seharusnya mendedahkan kata laluan, kod OTP atau TAC, maklumat akses perbankan, salinan kad pengenalan dan data peribadi sensitif kepada individu yang tidak dapat disahkan identitinya.
Salinan dokumen pengenalan hanya wajar diberikan apabila benar-benar diperlukan melalui saluran rasmi yang selamat.

PERKUKUH KESELAMATAN AKAUN

Gunakan kata laluan yang kukuh dan berbeza bagi setiap akaun, aktifkan pengesahan dua faktor (2FA), semak aktiviti log masuk serta kemas kini aplikasi secara berkala.
Elakkan menerima permintaan rakan daripada akaun yang mencurigakan dan jangan berkongsi kod pengesahan dengan sesiapa, termasuk individu yang mendakwa mewakili bank, platform digital atau agensi kerajaan.
Satu tindakan terburu-buru boleh membuka ruang kepada penipuan. Lindungi maklumat peribadi sebelum ia disalahgunakan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *