
LONDON, 11 November – England akan melaksanakan larangan lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit di sekolah mulai September 2027, termasuk melarang murid membawa peranti itu sepanjang waktu persekolahan.
Garis panduan baharu kerajaan itu menggantikan pendekatan sedia ada yang membenarkan murid menyimpan telefon bimbit di dalam beg selagi tidak digunakan atau mengeluarkan sebarang bunyi.
Setiausaha Pendidikan, Lucy Powell, berkata sekolah seharusnya menjadi tempat untuk murid menimba ilmu dan membina hubungan sosial, bukannya menghabiskan masa dengan telefon bimbit.
Bagi memastikan pematuhan, sekolah boleh melaksanakan kaedah seperti penyimpanan telefon dalam beg berkunci, loker keselamatan atau mengumpulkan peranti pada awal sesi persekolahan.
Bagaimanapun, persatuan pemimpin sekolah memberi amaran bahawa pelaksanaan larangan itu memerlukan peruntukan kewangan tambahan, khususnya bagi menyediakan kemudahan penyimpanan selamat untuk murid.
Langkah itu merupakan kesinambungan peraturan berkanun yang berkuat kuasa sejak Jun lalu bagi memastikan persekitaran sekolah bebas telefon bimbit.
Dasar berkenaan terpakai di England, manakala pendekatan berbeza dilaksanakan di wilayah lain di United Kingdom berikutan kuasa pendidikan yang ditadbir secara berasingan.
– BERNAMA-ANADOLU
