CERUN KRITIKAL DIPANTAU, RISIKO TANAH RUNTUH DIBERI PERHATIAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan perhatian kepada 263 kawasan cerun kritikal dan berisiko serta 31 kawasan hotspot tanah runtuh bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027.

β€œPemantauan kawasan berisiko dan tindakan awal menjadi keutamaan dalam usaha melindungi keselamatan masyarakat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pemantauan menyeluruh ini turut mengambil kira risiko tanah runtuh, selain banjir, bagi menyokong langkah pencegahan dan tindakan awal di kawasan berisiko tinggi. Kerjasama antara agensi terus diperkukuh untuk memastikan tindak balas yang teratur dan berkesan apabila diperlukan.

Orang ramai disaran sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan maklumat keselamatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim monsun.

Kesiapsiagaan diperkukuh demi keselamatan masyarakat.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM, 10 November 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *