
11 November 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan keutamaan kepada pemantauan 3,045 kawasan hotspot banjir di seluruh negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027.
βPemantauan kawasan berisiko dan kesiapsiagaan awal amat penting bagi melindungi keselamatan rakyat sepanjang musim monsun.β
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Kelantan merekodkan jumlah hotspot banjir tertinggi dengan 609 kawasan, diikuti Pahang (572), Terengganu (460) dan Sabah (348). Pemantauan kawasan berisiko ini menyokong langkah pencegahan dan tindakan awal yang teratur serta berkesan.
Orang ramai disaran sentiasa mengikuti amaran cuaca rasmi dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Kepekaan serta kerjasama masyarakat penting dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Peka risiko. Bersedia lebih awal. Keselamatan Tanggungjawab Bersama.
Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM, 10 November 2026.
