
6 November 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh usaha pencegahan dan kesedaran awam bagi melindungi golongan muda daripada eksploitasi sindiket dadah yang semakin licik memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan lumayan, media sosial dan platform digital. Penglibatan ibu bapa, institusi pendidikan serta masyarakat amat penting sebagai benteng awal menangani ancaman ini.
βKeselamatan generasi muda adalah keutamaan. Kerjasama ibu bapa, pendidik dan masyarakat perlu terus diperkukuh bagi memastikan anak-anak kita tidak terjerat dengan sindiket dadah.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempergiat pendidikan pencegahan, pemantauan ruang digital dan penguatkuasaan berasaskan risikan. Orang ramai diseru supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran mencurigakan, menyemak kesahihan maklumat serta segera menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah kepada pihak berkuasa.
Jangan terpedaya dengan janji lumayan. Kesedaran, kepekaan dan tindakan proaktif kita mampu menyelamatkan masa depan generasi muda.
