





6 November 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh agenda pemodenan pasukan keselamatan negara menerusi perolehan 7,648 unit Body Worn Camera (BWC) bernilai RM28.39 juta bagi meningkatkan ketelusan operasi, integriti anggota serta kecekapan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
βPenggunaan teknologi BWC merupakan langkah penting dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti anggota PDRM, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kepolisan negara.β β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan pembekalan BWC kepada 13 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), 144 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 398 balai polis di seluruh negara. Penggunaannya memberi tumpuan kepada anggota barisan hadapan, khususnya Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Bagi memastikan pematuhan dan tadbir urus penggunaan BWC yang teratur, PDRM telah menguatkuasakan Arahan Ketua Polis Negara No. 200 mulai 7 Februari 2025 serta Arahan Ketua Polis Negara No. 209 mulai 22 Ogos 2025 bagi pemakaian BWC di lokap PDRM. Peranti ini hendaklah diaktifkan semasa penugasan, tertakluk kepada pengecualian tertentu bagi melindungi privasi orang awam dan mematuhi larangan rakaman.
Komitmen ini akan terus diperkukuh menerusi perancangan perolehan tambahan 10,000 unit BWC di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) secara berfasa, ke arah memperluas penggunaan teknologi dalam operasi kepolisan negara.
Teknologi Diperkasa, Integriti Dipertahankan, Keselamatan Rakyat Diutamakan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
