KENDALI MADANI PERKASA PROFESIONALISME PENJAGA GOLONGAN RENTAN

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Penjagaan golongan rentan perlu diangkat sebagai agenda nasional bagi memastikan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas terus terbela, khususnya ketika Malaysia menuju status negara menua.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, usaha melahirkan penjaga profesional melalui latihan dan persijilan kemahiran berstandard penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran KENDALI MADANI dan Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di Parlimen, semalam.

Program KENDALI MADANI menyasarkan penyertaan 5,000 peserta dalam tempoh tiga tahun menerusi latihan berstruktur dan pembangunan kompetensi, termasuk peluang mendapatkan pengiktirafan kemahiran melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Inisiatif itu turut menyokong sasaran kerajaan memfasilitasi persijilan 50,000 penjaga di seluruh negara bagi tempoh 2024 hingga 2030, selaras dengan kerangka dasar Malaysia Care 2026-2030.

Pelaksanaan program berkenaan dijangka memperkukuh profesionalisme tenaga kerja penjagaan, meningkatkan kualiti hidup golongan rentan serta meringankan beban fizikal dan emosi keluarga.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *