
ISTANBUL, 28 Oktober – Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) menangguhkan kesemua 24 perlawanan Copa del Rey yang dijadualkan berlangsung pada Rabu sebagai tanda penghormatan kepada mangsa nahas tren berhampiran Madrid yang mengorbankan sekurang-kurangnya 64 nyawa.
Nahas membabitkan dua tren yang bertembung dan tergelincir dari landasan berhampiran Toledo, dengan lebih 500 penumpang dilaporkan berada di dalam kedua-dua tren berkenaan.
Antara pasukan La Liga yang sepatutnya beraksi ialah Levante, Alaves, Valencia, Celta Vigo dan Real Betis. Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid pula akan memulakan kempen pada pusingan 32 pasukan terakhir.
Barcelona dan Real Madrid turut menyampaikan ucapan takziah serta menyatakan solidariti kepada mangsa, keluarga mereka dan pasukan penyelamat.
Bagaimanapun, perlawanan yang dijadualkan pada Khamis tidak terjejas, manakala tarikh baharu bagi perlawanan yang ditangguhkan masih belum diumumkan.
– BERNAMA-ANADOLU
