Ekonomi Jingga: Mesyuarat Exco dijangka November

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Mesyuarat peringkat Exco bagi membincangkan potensi dan pembangunan ekonomi kreatif di negeri masing-masing dijangka diadakan pada minggu ketiga atau sebelum penghujung November ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa kerja melibatkan Exco dan menteri negeri telah dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Antara potensi ekonomi kreatif yang boleh dikembangkan termasuk lokasi penggambaran filem, produk kraftangan, kumpulan kebudayaan dan industri animasi.

Majlis Ekonomi Jingga pula dijangka bermesyuarat semula pada suku pertama tahun depan bagi membincangkan perkembangan ekonomi kreatif negara. Majlis yang ditubuhkan pada Julai lalu itu diuruskan oleh Pejabat Perdana Menteri dengan penglibatan beberapa kementerian.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *