PGA Sarawak rampas barangan seludup RM5.77 juta

KUCHING, 15 Oktober – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai barangan bernilai RM5.77 juta menerusi 26 operasi yang dijalankan dari 1 hingga 14 Oktober, selain menahan 35 individu termasuk 11 warga asing.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Lim Bak Phai berkata, operasi berkenaan melibatkan kesalahan penyeludupan rokok, minuman keras tidak bercukai, penyelewengan diesel serta pengedaran produk sejuk beku tanpa permit sah.

Rampasan terbesar direkodkan menerusi Op Taring Alpha di beberapa lokasi termasuk Kuching, Miri, Sibu dan Kota Samarahan, dengan nilai rampasan dianggarkan RM4.11 juta.

Operasi itu turut merampas lebih 7,500 karton rokok, sebanyak 30,957.67 liter minuman keras dan beberapa kenderaan.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *