MALAYSIA KEKAL TAHAP 2 (TIER 2) BAGI 3 TAHUN BERTURUT-TURUT

13 Oktober 2026

Malaysia terus mencatat pencapaian positif apabila berjaya mengekalkan penarafan Tahap 2 (Tier 2) bagi tiga tahun berturut-turut dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2026 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pencapaian ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang, membanteras eksploitasi buruh dan melindungi mangsa pemerdagangan orang.

β€œPengekalan Tahap 2 membuktikan kesungguhan Malaysia untuk terus memperkukuh penguatkuasaan, melindungi mangsa dan membanteras jenayah pemerdagangan orang secara bersepadu.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Antara pencapaian utama negara termasuk peningkatan usaha siasatan, pendakwaan dan sabitan, tindakan terhadap pegawai yang bersubahat, pengukuhan operasi di Sabah dan Sarawak serta penambahbaikan sistem perlindungan mangsa.

Laporan tersebut turut menggariskan 8 syor penambahbaikan bagi tempoh penilaian 1 April 2026 hingga 31 Mac 2027, merangkumi penguatkuasaan, pengenalpastian mangsa, perlindungan pekerja, pengukuhan institusi dan latihan penguat kuasa.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan usaha membanteras pemerdagangan orang dilaksanakan secara menyeluruh, berkesan dan berperikemanusiaan.

KESELAMATAN NEGARA DIPERKUKUH, MANGSA DILINDUNGI.

Sumber: Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri (KDN), 9 Oktober 2026.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *