Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan Berlangsung Lancar

KUCHING, 17 September – Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi berlangsung lancar dan meriah walaupun terpaksa diadakan di dalam bangunan susulan jerebu rentas sempadan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya rakyat Sarawak, yang bersama-sama menjayakan sambutan tahun ini.

Sambutan yang mengangkat tema β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelbagai persembahan yang mengetengahkan semangat kebersamaan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah turut dipersembahkan sepanjang sambutan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *