PMO LAPOR POLIS BERHUBUNG SURAT PALSU PROJEK PFI LEBUHRAYA PLUS

KUALA LUMPUR, 17 September – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi pejabat berkenaan.

PMO menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu.

Menurut PMO, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan dan menafikan sebarang kaitan dengan dokumen tersebut.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *