
FASILITI UNRWA DI BAITULMAQDIS TIMUR
26 Ogos 2026
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan rejim Zionis Israel dan rampasan secara paksa
Pusat Latihan Kalandia, sebuah fasiliti di bawah naungan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian
Palestin di Asia Barat (UNRWA), di Kafr Aqab, Baitulmaqdis Timur pada 25 Ogos 2026.
Pusat ini berperanan penting dalam memberikan latihan vokasional kepada beratus-ratus belia Palestin
sejak tahun 1952. Tindakan rejim Zionis ini jelas bertujuan untuk menafikan akses bagi golongan muda
Palestin kepada pendidikan dan latihan, yang mencabul hak asasi manusia mereka.
Premis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh dicerobohi, dan hak keistimewaan serta
kekebalannya perlu dihormati. Mandat UNRWA perlu dilindungi bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan dan keperluan asas kepada pelarian Palestin.
Sehubungan ini, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB
untuk mengambil tindakan konkrit bagi mempertahankan undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan
keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
PUTRAJAYA
26 Ogos 2026
