PENYELIDIKAN STRATEGIK PERKUKUH KESELAMATAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2026 – Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh peranan penyelidikan strategik sebagai asas kepada pembangunan dasar dan strategi keselamatan negara yang lebih berkesan, responsif dan berasaskan bukti.

Perkara itu dikongsikan dalam sesi temu bual bersama BERNAMA TV menerusi segmen Apa Khabar Malaysia yang berlangsung pagi tadi, yang membincangkan kepentingan pendekatan polisi berasaskan bukti, pembangunan indeks keselamatan serta peranan kolaborasi antara IPSOM dan institusi pengajian tinggi dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Sesi temu bual yang penuh ilmiah ini menampilkan panel YBrs. SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan, Timbalan Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan (Keselamatan) dan Penerbitan, IPSOM serta YBrs. Prof. Dr. Yarina Ahmad, Ketua Penyelidik, Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *