SAMBUTAN HARI BAPA 2026 WPKL BERSAMA WARGA ATM: HARGAI

PENGORBANAN BAPA, PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2026 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) hari ini menganjurkan Program Sambutan Hari Bapa Tahun 2026

Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bersama Warga ATM di Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi. Bertemakan β€œSehebat KASIH Bapa”, program

tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli

Parlimen Bandar Tun Razak. Program yang menghimpunkan kira-kira 500 orang tetamu dan peserta itu terdiri

daripada para bapa, pasangan dan anak-anak warga ATM serta wakil agensi kerajaan. Penganjurannya bertujuan menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan

pengorbanan golongan bapa, khususnya anggota ATM yang menjalankan

tanggungjawab dengan komitmen tinggi serta adakalanya perlu berjauhan daripada

keluarga demi mempertahankan kedaulatan negara. Ketika menyampaikan ucapan perasmian, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah menekankan

bahawa cabaran membina keluarga pada masa kini semakin kompleks, khususnya

dalam kehidupan bandar yang bergerak pantas. Berdasarkan Tinjauan Pendapat Umum

Sempena Sambutan Hari Bapa Kebangsaan 2025 yang dilaksanakan oleh KPWKM

menerusi LPPKN, dua cabaran utama yang dihadapi golongan bapa ialah keseimbangan

kerja-kehidupan (81.7 peratus) dan kos sara hidup yang tinggi (79.7 peratus). β€œKehadiran seorang bapa bukan semata-mata diukur melalui masa yang diluangkan

bersama keluarga, tetapi melalui perhatian, bimbingan dan kasih sayang yang sentiasa

dirasai oleh anak-anak. Menyedari besarnya amanah yang dipikul, kita tidak boleh

membiarkan ibu bapa berdepan cabaran ini bersendirian,” tegas beliau. Bagi membantu golongan bapa mendepani cabaran tersebut, Kerajaan melalui KPWKM

menerusi LPPKN terus memperkukuh ekosistem sokongan keluarga. Antara inisiatif

yang dilaksanakan termasuk Modul Kebapaan LPPKN yang memfokuskan kemahiran

kebapaan serta Jaringan Pemerkasaan Lelaki (MEN Empowerment Network).

Kemuncak sambutan menyaksikan penyampaian Anugerah Ikon Bapa dalam tiga

kategori, iaitu Ikon Bapa Inspirasi, Ikon Bapa Prihatin dan Ikon Bapa Cekal. Anugerah

tersebut disampaikan kepada SSjn Azahar bin Kahar (BOLP), PW U I Juandey bin

Jamain (PU Subang) dan Kol Mohd Zukifli bin Ali @ Mustafa (MK PMB TD) sebagai

pengiktirafan atas kepimpinan melalui teladan, pengorbanan dan komitmen mereka

dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga di samping berkhidmat kepada

negara. Seawal pukul 8.00 pagi, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai pengisian, termasuk Forum β€œDad’s Talk: Sehebat KASIH Bapa”, perkhidmatan saringan kesihatan

dan rawatan pergigian percuma serta aktiviti interaktif keluarga seperti House Husband

Challenge, Art Therapy, binaan Lego dan Mari Mencuba Golf. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah;

Pengarah LPPKN WPKL, YBrs. Dr. Zuhrah Musa serta barisan kepimpinan Markas

Medan Barat Tentera Darat. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen bersama Kerajaan, ATM dan rakan

strategik dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan keluarga

serta pembentukan generasi yang berakhlak mulia dan berdaya tahan. LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

9 OGOS 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *