
PENGORBANAN BAPA, PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA
KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2026 β Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) hari ini menganjurkan Program Sambutan Hari Bapa Tahun 2026
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bersama Warga ATM di Dewan Datoβ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi. Bertemakan βSehebat KASIH Bapaβ, program
tersebut disempurnakan oleh YB Datoβ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak. Program yang menghimpunkan kira-kira 500 orang tetamu dan peserta itu terdiri
daripada para bapa, pasangan dan anak-anak warga ATM serta wakil agensi kerajaan. Penganjurannya bertujuan menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan
pengorbanan golongan bapa, khususnya anggota ATM yang menjalankan
tanggungjawab dengan komitmen tinggi serta adakalanya perlu berjauhan daripada
keluarga demi mempertahankan kedaulatan negara. Ketika menyampaikan ucapan perasmian, YB Datoβ Seri Dr. Wan Azizah menekankan
bahawa cabaran membina keluarga pada masa kini semakin kompleks, khususnya
dalam kehidupan bandar yang bergerak pantas. Berdasarkan Tinjauan Pendapat Umum
Sempena Sambutan Hari Bapa Kebangsaan 2025 yang dilaksanakan oleh KPWKM
menerusi LPPKN, dua cabaran utama yang dihadapi golongan bapa ialah keseimbangan
kerja-kehidupan (81.7 peratus) dan kos sara hidup yang tinggi (79.7 peratus). βKehadiran seorang bapa bukan semata-mata diukur melalui masa yang diluangkan
bersama keluarga, tetapi melalui perhatian, bimbingan dan kasih sayang yang sentiasa
dirasai oleh anak-anak. Menyedari besarnya amanah yang dipikul, kita tidak boleh
membiarkan ibu bapa berdepan cabaran ini bersendirian,β tegas beliau. Bagi membantu golongan bapa mendepani cabaran tersebut, Kerajaan melalui KPWKM
menerusi LPPKN terus memperkukuh ekosistem sokongan keluarga. Antara inisiatif
yang dilaksanakan termasuk Modul Kebapaan LPPKN yang memfokuskan kemahiran
kebapaan serta Jaringan Pemerkasaan Lelaki (MEN Empowerment Network).
Kemuncak sambutan menyaksikan penyampaian Anugerah Ikon Bapa dalam tiga
kategori, iaitu Ikon Bapa Inspirasi, Ikon Bapa Prihatin dan Ikon Bapa Cekal. Anugerah
tersebut disampaikan kepada SSjn Azahar bin Kahar (BOLP), PW U I Juandey bin
Jamain (PU Subang) dan Kol Mohd Zukifli bin Ali @ Mustafa (MK PMB TD) sebagai
pengiktirafan atas kepimpinan melalui teladan, pengorbanan dan komitmen mereka
dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga di samping berkhidmat kepada
negara. Seawal pukul 8.00 pagi, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai pengisian, termasuk Forum βDadβs Talk: Sehebat KASIH Bapaβ, perkhidmatan saringan kesihatan
dan rawatan pergigian percuma serta aktiviti interaktif keluarga seperti House Husband
Challenge, Art Therapy, binaan Lego dan Mari Mencuba Golf. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Datoβ Abdul Shukur Abdullah;
Pengarah LPPKN WPKL, YBrs. Dr. Zuhrah Musa serta barisan kepimpinan Markas
Medan Barat Tentera Darat. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen bersama Kerajaan, ATM dan rakan
strategik dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan keluarga
serta pembentukan generasi yang berakhlak mulia dan berdaya tahan. LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
9 OGOS 2026
