UNTUK SIARAN SEGERA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

7 Julai 2026

JPN KEDAH PASTIKAN KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MURID
TERJATUH DI SEKOLAH DIBERI PERHATIAN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah prihatin terhadap insiden
melibatkan seorang murid Tahun 5 yang mengalami kecederaan akibat
terjatuh ketika cubaan menangkap burung di ruang siling sebuah sekolah
rendah di daerah Padang Terap.

Kejadian berlaku selepas sesi persekolahan tamat apabila murid berkenaan
telah pulang ke rumah dan hadir semula ke sekolah bagi mengikuti kelas
KAFA sesi petang.

Murid berkenaan telah mengalami kecederaan dan tindakan segera telah
diambil oleh pihak sekolah dengan mendapatkan bantuan kecemasan
sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi
menerima rawatan lanjut.

JPN Kedah turut memastikan kebajikan murid dan keluarga terus diberi
perhatian termasuk menyediakan sokongan dari aspek emosi, psikologi,
khidmat bimbingan dan kaunseling serta bantuan lain yang bersesuaian.

Intervensi sokongan emosi juga akan diberikan kepada murid-murid
sekolah berkenaan bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa
terpelihara.

JPN Kedah menegaskan bahawa aspek keselamatan, kebajikan dan
kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan dan pemantauan secara
berterusan terus ditingkatkan.

TAMAT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
7 JULAI 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *