Tempoh Pencalonan Anugerah Seri Angkasa Ke-37 Dilanjutkan Hingga 30 Jun 2026

PUTRAJAYA, 22 Jun 2026 – Kementerian Komunikasi mengumumkan bahawa tempoh pencalonan bagi Anugerah Seri Angkasa (ASA) Ke-37 Tahun 2026 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026, berbanding tarikh asal yang dijadualkan berakhir pada 22 Jun 2026.

Pelanjutan tempoh tersebut memberi peluang tambahan kepada organisasi penyiaran untuk mengemukakan pencalonan karya terbaik yang telah diterbitkan dan disiarkan sepanjang tempoh kelayakan yang ditetapkan.

Menurut Kementerian Komunikasi, syarat utama penyertaan menetapkan bahawa semua pencalonan hendaklah dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen dan karya yang dicalonkan mestilah telah disiarkan buat pertama kali di stesen penyiaran atau platform media baharu dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.

Bagi memudahkan proses pencalonan, kementerian turut menyediakan kemudahan akses kepada Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA) di Makmal Komputer A, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi sepanjang tempoh pencalonan berlangsung.

Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dijemput untuk mengambil bahagian serta mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori anugerah yang dipertandingkan secara dalam talian melalui portal rasmi Anugerah Seri Angkasa.

Anugerah Seri Angkasa merupakan pengiktirafan tertinggi industri penyiaran negara yang bertujuan menghargai penggiat media dan penyiaran yang menghasilkan kandungan berkualiti, kreatif serta memberi impak positif kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Sorotan Berita : Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *