PMX lawat sahabat lama, Pak Hamid di Batu Pahat

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan sahabat yang sekian lama dikenali iaitu Syed Hamid Ali atau dikenali Pak Hamid di Batu Pahat, Johor.

Beliau beliau berkata Pak Hamid adalah antara tokoh penting dalam gerakan mahasiswa sewaktu
belajar di Universiti Malaya (UM) dan lantang memperjuangkan isu keadilan sosial dan hak orang-orang susah.

Anwar berkata mereka berdua sempat menghimbau pelbagai kenangan lama.

YANG KAMI KENANG

“Antara yang kami kenang adalah jaket merah yang pernah dipinjamkan Pak Hamid kepada saya ketika menghadiri satu persidangan di luar negara puluhan tahun lalu.

Malangnya, jaket itu tidak dapat saya pulangkan kerana hilang di Tok Kun,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau mengucapkan terima kasih atas keteguhan dalam perjuangan, kekal setia dalam khittah perjuangan, serta kesediaan berterusan berkongsi pandangan dan pedoman.

“Saya mendoakan kesihatan dan afiyah berpanjangan buat Pak Hamid dan keluarga. Juga sempat sampaikan salam daripada Azizah, manakala beliau hadiahkan saya memoir Kenangan Seorang Patriot,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *