Jepun-Filipina perkukuh kerjasama pertahanan, keselamatan

TOKYO, 28 Mei – Jepun dan Filipina bersetuju memulakan rundingan bagi satu perjanjian perkongsian maklumat sulit ketenteraan yang membolehkan Tokyo meningkatkan pemindahan aset pertahanan kepada Manila termasuk kapal perang.

Tokyo dan Manila sejak kebelakangan ini terus memperkukuh hubungan pertahanan dan keselamatan susulan ketegasan China yang semakin meningkat di Laut China Selatan serta sekitar Taiwan.

Jepun juga baru-baru ini melonggarkan sekatan lama terhadap eksport peralatan tempur, langkah yang dijangka memberi manfaat kepada Filipina.

Tokyo kini sedang mempertimbangkan untuk menyediakan kapal pemusnah tentera laut dan pesawat rondaan kepada Manila menerusi rangka kerja baharu kerjasama peralatan pertahanan.

Bagi Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, hubungan lebih rapat dengan Jepun selari dengan usaha Manila memperkukuh kerjasama keselamatan bersama Amerika Syarikat dan sekutunya ketika Filipina berdepan konfrontasi berulang dengan kapal China di perairan yang dipertikaikan.

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi berkata beliau dan Marcos bersetuju meningkatkan hubungan dua hala kepada tahap perkongsian strategik komprehensif.

β€œIni mencerminkan kesungguhan bersama untuk terus memperkukuh hubungan sebagai negara yang berkongsi pendirian sama secara mampan dan pelbagai dimensi tanpa mengira perubahan persekitaran antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Marcos berkata peningkatan hubungan tersebut diumumkan sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

β€œKami bersama-sama mengumumkan permulaan rundingan bagi Perjanjian Keselamatan Maklumat Ketenteraan Umum selain rundingan penetapan sempadan maritim.

β€œIni merupakan langkah penting bagi memperkukuh kerjasama pertahanan serta mempertahankan aturan maritim berasaskan undang-undang,” katanya.-
Sumber: REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *