PMX singgah makan tengah hari di Restoran Ombong Salai

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah makan tengah hari di Restoran Ombong Salai sebagai mengakhiri program di Negeri Sembilan.

Beliau mengambil kesempatan berbual santai bersama para pelanggan dan peniaga terkait cabaran kos sara hidup, keadaan perniagaan serta isu semasa yang mereka hadapi di lapangan.

Jelas beliau Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha membantu rakyat serta peniaga kecil dalam menghadapi keadaan yang semakin mencabar saat ini.

“Insya-Allah, setiap suara akan terus diberi perhatian demi memastikan pembangunan negara berjalan seiring dengan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terbanyak,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *