MEDIA SEMAKIN PENTING, HAKIS PENYEBARAN MAKLUMAT TIDAK BERETIKA DI MEDIA SOSIAL

KUCHING, 8 Januari — Peranan media menjadi semakin penting dalam memastikan laporan yang disampaikan tepat, berfakta dan seimbang.

Timbalan Premier, Datuk Amar Sim Kui Hian menegaskan ini kerana masyarakat cenderung memberi perhatian kepada naratif negatif dalam media sosial.

Keadaan ini menyebabkan maklumat yang tidak lengkap atau terpisah daripada konteks sebenar mudah membentuk persepsi awam yang mengelirukan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Penghargaan Media Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching/Samarahan/Serian
di Kuching.

Sarawak, katanya, kini berada dalam fasa pembangunan penting dan menjadi perhatian seluruh negara, justeru imej negeri dan nilai masyarakat banyak dibentuk melalui laporan media.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menolak kritikan, namun laporan yang profesional perlu untuk mengetengahkan usaha penambahbaikan serta pencapaian bagi memberi gambaran yang adil.

Sehubungan itu, pengamal media diseru agar terus menjunjung etika kewartawanan dan memainkan peranan secara bertanggungjawab demi memastikan masyarakat kekal berinformasi, bersatu dan stabil.

ROSE

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *