OPS METAL | JPN PERKETAT PENGUATKUASAAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI

📍 Kota Kemuning | 3 Februari 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Ops Metal bagi membanteras penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

Hasil operasi ini, 52 individu telah ditahan kerana disyaki memiliki serta menggunakan kad pengenalan palsu dan milik individu lain. Kesemua mereka akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

KDN menegaskan bahawa tindakan tegas dan berterusan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan dokumen pengenalan diri kerana perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

🔔 Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan dokumen pengenalan diri adalah sah, dijaga dengan baik dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

KDN #OpsMetal

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *