Daftar Perkahwinan & Kelahiran: Lindungi Masa Depan Anak

7 Jan 2026

Pendaftaran perkahwinan dan kelahiran merupakan asas penting dalam memastikan setiap anak diiktiraf identitinya, dilindungi haknya dan terjamin masa depannya di bawah sistem perundangan negara.

Seperti yang ditegaskan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri:

β€œPendaftaran perkahwinan adalah keperluan penting supaya anak yang dilahirkan mudah memperoleh dokumen pengenalan diri.”

Beliau turut mengingatkan bahawa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, tanggungjawab mendaftarkan kelahiran bukan hanya terletak kepada ibu bapa, malah sesiapa sahaja yang mengetahui mengenai kelahiran tersebut bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran.

Langkah pendaftaran yang lengkap dan tepat akan memastikan:
βœ”οΈ Hak identiti rasmi setiap kanak-kanak terjamin
βœ”οΈ Pemilikan MyKad dan dokumen rasmi secara sah
βœ”οΈ Perlindungan undang-undang demi masa depan yang lebih terpelihara

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mempergiat usaha turun padang, termasuk menerusi Inisiatif MEKAR di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan tiada anak yang tercicir daripada sistem pendaftaran negara.

πŸ“Œ Jangan tangguh. Daftar segera.
Masa depan anak bermula hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *