
7 Jan 2026
Pendaftaran perkahwinan dan kelahiran merupakan asas penting dalam memastikan setiap anak diiktiraf identitinya, dilindungi haknya dan terjamin masa depannya di bawah sistem perundangan negara.
Seperti yang ditegaskan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri:
βPendaftaran perkahwinan adalah keperluan penting supaya anak yang dilahirkan mudah memperoleh dokumen pengenalan diri.β
Beliau turut mengingatkan bahawa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, tanggungjawab mendaftarkan kelahiran bukan hanya terletak kepada ibu bapa, malah sesiapa sahaja yang mengetahui mengenai kelahiran tersebut bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran.
Langkah pendaftaran yang lengkap dan tepat akan memastikan:
βοΈ Hak identiti rasmi setiap kanak-kanak terjamin
βοΈ Pemilikan MyKad dan dokumen rasmi secara sah
βοΈ Perlindungan undang-undang demi masa depan yang lebih terpelihara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mempergiat usaha turun padang, termasuk menerusi Inisiatif MEKAR di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan tiada anak yang tercicir daripada sistem pendaftaran negara.
π Jangan tangguh. Daftar segera.
Masa depan anak bermula hari ini.
