Pilih wakil rakyat selari kerajaan Pusat jamin peluang anak muda – Thonny Chee

Oleh Helmi Mohd Foud
(Sorotan PRN Sabah ke-17 bersama calon PH N.20 DUN Api-Api Thonny Chee)

27 November 2025

Berbaki lagi dua hari, Calon PH N.20 DUN Api-Api Thonny Chee terus gigih berkempen bersama dengan pasukannya bagi menawan hati pengundi-pengundi kawasan tersebut.

Kempen Thonny Chee bertambah rancak bukan sahaja disokong oleh pemimpin-pemimpin setempat tetapi juga yang juga pimpinan PH dari Semenanjug.

“Anak muda di Sabah perlu memilih wakil rakyat yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pusat.

“Ini bagi memastikan banyak peluang dapat diraih termasuk inisiatif-inisiatif baharu bagi membantu golongan tersebut,’’ katanya.

Calon Pakatan Harapan kerusi Api-Api Thonny Chee berkata, pihaknya bertuah kerana beliau dibantu dua orang menteri dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 ini.

“Jadi itulah sebabnya kita, kerajaan negeri harus selari dengan kerajaan Pusat. Sebab kerajaan Pusat mempunyai pelbagai inisiatif-inisiatif yang boleh membantu anak-anak muda kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan aktiviti walkabout di sekitar Kampung Air, Kota Kinabalu semalam.

Hadir sama Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang Dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Thonny berkata, Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) sendiri mempunyai banyak program untuk membantu anak muda.

“MITI pun dalam bentuk keusahawanan pun kita ada program-program yang membantu anak muda kita.

“Jadi saya betul-betul berterima kasih yang dua menteri ada di sini. Ini supaya nanti belakang saya boleh minta dorang idea bagaimana saya boleh bantu anak muda ini,” ujarnya lagi.

17 RIBU PEMILIH BERDAFTAR

Beliau berkata, pihaknya sedar bahawa jumlah pengundi muda di DUN tersebut mewakili kelompok yang besar daripada keseluruhan lebih 17,000 pemilih berdaftar.

Bagaimanapun beliau melihat secara keseluruhan pengundi di DUN Api-Api memandangkan jumlah pemilih berusia hingga 60 tahun ke atas juga besar jumlah mereka iaitu sekitar 7,000 orang.

“Sebab 17,000 tolak 7,000 tinggal 10,000. Sudah tentu secara umum ialah (pengundi) 18 tahun.Tapi kita, saya hanya melihat Api-Api,” katanya.

Thonny yang merupakan calon nombor 5, membawa misi untuk mempertahankan kerusi Api-Api yang sebelum ini dimenangi PH pada PRN 2020.

Anak jati Pitas berusia 45 tahun ini berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari United Kingdom dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Korporat (UMP).

Berpengalaman luas dalam sektor pembangunan dan kemahiran, beliau kini mengetuai Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. sebagai CEO selain pernah berkhidmat dalam institusi latihan negara serta syarikat antarabangsa seperti AIG dan CIMB Bank.

Sebagai pengasas CampusLife dan pengasas beberapa inisiatif komuniti, beliau tampil dengan tekad membawa suara rakyat dan masa depan yang lebih baik untuk Api-Api.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *