





Oleh: Sholina Osman
26 NOV 2025
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis bersama Skuad dan Mobilasi AMK Perlis serta KHIDMAT Malaysia
“turun padang” bagi membantu mangsa banjir di Perlis termasuk warga emas ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) berhampiran.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Perlis Ahmad Nabil Rose usaha menyelamat ini melibatkan warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) Rumah Lavender di Taman Bukit Kaya dan juga seorang warga emas di Kampung Bakau.
Selain itu katanya pasukan sukarelawan yang melibatkan 20 orang ini juga mengagihkan bantuan makanan untuk mangsa banjir yang belum berpindah.
MANGSA YANG TERPERANGKAP
Ahmad Nabil berkata setakat ini pihaknya telah membantu 25 mangsa yang terperangkap untuk dibawa ke PPS.
“Pasukan kami juga telah mengagihkan 1000 pek makanan termasuk air minuman, roti serta makanan bergoreng,” katanya.
Beliau berkata Team Cabang Arau dan AMK Perlis juga turun bagi menyampaikan sumbangan makanan seperti roti dan air mineral kepada penduduk Kampung Behor Gelam yang terjejas banjir.
MEMASTIKAN KELANCARAN OPERASI
“Manakala Team AMK Kangar yang digerakkan oleh Amirul Aizat Azizy
pula bertugas memantau kawasan Kampung Bakau, Kampung Sena Hujung Tok Paduka bagi memastikan kelancaran Operasi pemindahan mangsa Banjir ke PPS yang berhampiran.
Tambah Ahmad Nabil, team ini uga memastikan ada bantuan masuk kawasan di mana terdapat penghuni yang enggan berpindah kerana memiliki kayak. – JM
