




Oleh Noraini Nordin
(Sorotan khas sempena tiga tahun Datok Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke sepuluh)
24 November 2025
Hari ini 24 November 2025 genaplah tiga tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.
Beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Di ketika banyak pihak meramalkan beliau tidak mampu bertahan lama, hakikatnya sudah tiga tahun PMX berjaya mengharungi cabaran itu sehingga berjaya membina kerajaan Madani hingga terkenal hebatnya ke pentas dunia.
Jika diizinkan Allah sudah dapat dijangkakan, Anwar mampu menghabiskan tempoh penggalnya sehingga tahun 2027 akan datang sebelum PRU16 perlu diadakan.
ANWAR TABAH BERDEPAN RINTANGAN
Sepanjang tempoh tiga tahun memegang jawatan Perdana Menteri, di sebalik banyak cabaran dihadapinya, Anwar terbukti seorang yang cekal berdepan apa jua rintangan.
Paling ketara ialah perjuangannya memerangi rasuah dengan banyak tangkapan jerung dilakukan serta kejayaan mengutip lebih RM15 bilion hasil rasuah dan ketirisan kewangan negara.
Sejak tiga tahun lalu juga, kedudukan ekonomi negara semakin bertambah baik, nilai ringgit kian mengukuh, Inflasi berjaya dikurangkan, kadar kemiskinan tegar semakin mengecil dan pelaburan negara tambah melonjak tinggi.
Setiap kali lawatan keluar negara, yang dibawa pulang pasti berbilion jumlah pelaburan untuk manfaat rakyat dan juga negara.
GIGIH BERUSAHA
Selain itu, sejak memimpin negara, Anwar turut menaikkan gaji kakitangan awam, meningkatkan kadar gaji minima, harga petrol Ron95 dijadikan lebih murah dan berjaya melaksanakan sebahagian besar perjanjian MA63 melibatkan Sabah dan Sarawak.
Apa yang nyata, Anwar sentiasa gigih berusaha dan tidak pernah berhenti daripada terus melakukan apa yang difikirkannya baik untuk negara ini.
Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati dan memberi kekuatan kepada PMX, meski usianya makin hari makin bertambah.
Tahniah PMX teruslah memimpin Malaysia MADANI dengan jiwa teguh berani demi kesejahteraan rakyat .
