KESELAMATAN SEKOLAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

24 November 2025

Bersama Lindungi Anak-Anak Kita

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) (PDRM) terus memperkukuh keselamatan sekolah di seluruh negara.

Seramai 10,435 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) kini ditempatkan di 10,245 sekolah, merangkumi 7,776 sekolah rendah dan 2,469 sekolah menengah — tanpa mengira bandar, luar bandar atau pedalaman.

PPS menjadi jambatan penting antara polis, sekolah, ibu bapa dan murid, membantu mencegah jenayah, menangani isu buli serta memastikan persekitaran pembelajaran sentiasa selamat dan harmoni.

PERANAN UTAMA PPS

  • Memberi nasihat keselamatan & disiplin kepada sekolah;
  • Menangani isu buli, ponteng, salah laku dan risiko jenayah;
  • Memantau keselamatan kawasan sekolah sebelum dan selepas insiden;
  • Menyampaikan maklumat pencegahan jenayah kepada murid dan komuniti; dan
  • Memupuk suasana sekolah yang selamat, positif dan kondusif.

BAGAIMANA PPS MEMBANTU MURID & GURU

  • Lawatan berkala (sekurang-kurangnya 2 kali sebulan);
  • Kehadiran dalam mesyuarat PIBG;
  • Ceramah dan dialog keselamatan / pencegahan jenayah;
  • Pengurusan aduan melalui Peti Aduan PPS;
  • Penyertaan aktif dalam program sekolah; dan
  • Tindakan pantas melalui komunikasi WhatsApp bersama guru.

INISIATIF TAMBAHAN KDN / PDRM

  • Rondaan polis setiap hari di kawasan sekolah;
  • Kajian penempatan polis tetap/separa tetap di sekolah berisiko tinggi; dan
  • Pemerkasaan keselamatan digital melalui kempen kesedaran siber.

MESEJ UTAMA

PPS hadir untuk melindungi anak-anak kita.
Kerjasama polis, ibu bapa, guru dan murid adalah kunci — keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Kenyataan YB Datuk Seri Saifuddin bin Nasution, Menteri Dalam Negeri:

“KDN meningkatkan rondaan dan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menyokong keselamatan digital pelajar, selain memperkukuh kempen kesedaran bersama KPM dan PIBG serta memperkasa peranan PPS dalam membimbing pelajar mengenai keselamatan siber.”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *