




Oleh: Sholina Osman
22 NOV. 2025
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mampu memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan masa depan serta pembangunan golongan belia di Sabah.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr. Johari Abdul berkata, NADI
kini bukan lagi sekadar sebuah tempat untuk mendapatkan akses Internet semata-mata sebaliknya ruang pembelajaran yang kondusif, tempat anak muda memperoleh bimbingan, membina kemahiran dan membuka peluang kerjaya baharu.
Menurutnya, penglibatan belia Sabah dalam program Perkhidmatan Pintar
anjuran NADI seperti pertandingan keselamatan siber, penglibatan dalam TVET kreatif dan kejayaan usahawan muda negeri mengembangkan produk tempatan melalui latihan keusahawanan NADI, membuktikan impak yang dimainkan oleh NADI.
POTENSI BESAR BELIA
βKisah-kisah kejayaan ini menunjukkan potensi besar belia Sabah apabila diberi ruang, sokongan dan persekitaran pembelajaran yang sesuai,β katanya ketika
menghadiri Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Kampung
Kopimpinan, Putatan, Sabah.
Ini merupakan program kedua beliau bersama komuniti belia di Sabah selepas sesi βKupi-Kupi Sama Speaker Bah!β yang diadakan di NADI Bandar Putra dan akan datang di NADI Dermaga.
Dalam sesi bersama komuniti, Tan Johari turut menyatakan hasrat beliau
untuk melihat NADI berkembang sebagai platform utama melatih generasi muda memahami demokrasi dan proses membuat keputusan negara.
Setakat September 2025 yang lalu, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira RM210 juta untuk lima tahun.
MENJADI PUSAT RUJUKAN
Melalui inisiatif seperti Program Sekolah Parlimen, Parlimen Belia dan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), beliau yakin NADI mampu menjadI pusat rujukan kepimpinan yang melahirkan belia berani bersuara, berfikir secara kritikal dan berupaya mewakili masyarakat pada masa hadapan.
Pembangunan belia tegas beliau, mesti seimbang antara penguasaan teknologi dengan pembentukan nilai diri, etika digital serta tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Lawatan kerja hari ini mengukuhkan keyakinan bahawa kerjasama berterusan antara kerajaan, agensi pelaksana dengan komuniti setempat akan terus memperkasa belia Sabah melalui pelbagai program yang inklusif, relevan dan memberi impak jangka panjang.
